Tuesday 3 May 2011

mAdu diBalas heMpeDu

i'm coming back!!!!!jom kita pakat fikir2 sejenak...
persoalannya bila dengar cerita pasal kekasih curang apa perasaan korang?

orang yang kita setia kat dia, percaya kat dia tapi belakang kita dia buat hal. ada rasa macam nak bunuh tak? tahu tak rasa nak mencintai tu susah? tahu tak kalau ditinggalkan orang tu sakit? lagi2 kalau orang tu jenis yang setia je seumur hidup dengan yang satu. pantang betul bila kita setia tapi dia nak main kayu tiga. kalau tak suka bagitahu je lah terus terang, tak perlu lah nak tipu2 pasang yang lain dekat belakang. kalau masa baru nak dapat tu bukan main beria lagi kau berjanji itu ini..tapi bila dah bosan kau tinggalkan je sesuka hati. mudah sungguh hati kau nak berubah. tak faham.?! 

sedih dan sakit. itulah perkataan pertama  yang terlintas. walaupun bukan kita yang rasa tapi sebagai perempuan kita boleh faham hati perempuan lain juga. walaupun tak pernah terjadi dekat diri sendiri tapi membayangkan sahaja pun tak sanggup. perlu ke ganggu kekasih orang? macam dah takde orang lain yang single kau nak buat pasangan. yang single kau nak ngorat. yang dingorat tu pulak macam dah tak sedar diri lah kau tu dah ade couple kan? nak jugak tu melayan. kalau kau tak layan takde nye orang tu nak terhegeh2 nak dekat kau. kalau sungguh lah kau dah tak suka dekat couple kau tu kau terus terang je lah. putus secara baik. ni tak, nak jugak tu pasang dua. naluri manusia ni lain. ada setengah orang dia boleh rasa sendiri kalau tak kene sesuatu hubungan tu. and mostly takkan pernah silap lah. tahu kan sakit nya tahu kita ditipu tu macam mana? kalau tak kuat iman boleh bunuh diri orang tu. pernah fikir pasal tu?

harapnya tak jadi lah dekat aku benda macam ni. dengar cerita orang sahaja dah sedih rasa macam kita pula nak menangis sekali. tipulah kalau kita takde perasaan takut tu kan. tapi kita kene lah percaya kat pasangan kita tu. yang jadi masalah bila pasangan kita tu sia2kan kepercayaan kita tu. kalau tak jadi kat perempuan tu, jadi kat lelaki tu. ni bukan masalah lelaki atau perempuan yang curang. dua2 pun boleh jadi macam tu. soalnya tergamak pulak diorang nak buat macam tu kan. sayang tu boleh tiba2 hilang. pelik tapi benar.

eee emo nye lah aku ni bila fikir soal ni. inilah aku...
tak nak dengar cerita macam ni tapi sebagai kawan kita perlu ada untuk kawan kita yang memerlukan bahu. bila dia cerita otak ku mesti ligat jua berfikir itu ini..hmmm...

jangan lah ada yang ganggu hubungan ku. tak kira lah apa pun dugaan yang melanda. sebagai perempuan pasti ada perasaan cemburu. tapi perlu juga dikawal ye .. wahai otak sila jangan fikir secara terlebih kreatif pasal ini......
p/s :  orang cakap, jagan bagi sayang kita dekat orang tu 100% bila dia belum tentu milik kita selamanya.