Saturday 30 April 2011

cEriTa teNtaNg kaWan

Salam sayang buat semua follows....adalah baiknya sekiranya kita ingat pasal kawan kita dengan mengabadikan sejarah bersama mereka di dalam blog kita, supaya satu hari nanti jika umur sempat mencecah hari tua, dunia semakin meningkat teknologinya, dan sudah tentu kenangan manis bersama mereka akan selalu diingati....Kawan??? Kawan ada bermacam ragam. Ada kawan yang suka bercerita- segala macam masalah, suka duka, peristiwa mahu diceritakan. Kawan seperti ini pasti kita tidak lekang dari bermesej/bersembang dengannya.  Ada pula kawan yang suka memendam kalau sedih, sakit, gembira, semuanya dirahsiakan untuk dirinya sahaja. Kawan ini selalunya sanggup menggembirakan orang lain dari dirinya. Biarlah dirinya sahaja yang tidak gembira- asalkan kawannya bahagia.

Kawan..
Ceritamu..
Ceritaku..
Haluan berbeza..
Menuju destinasi sama..
Mungkin hadirmu membawa hiba..
Mungkin hadirmu memberi bahagia..
Mungkin hadirmu mencarit luka..
Mungkin hadirmu melukis senyum tawa..
Namun setiap kamu sangat istimewa..

Kini aku mula mengetahui apa erti kawan yg sebenar....aku sedar setiap pertemuan mesti ada perpisahannya...Kenangan kita bersama sepanjang di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin akan sentiasa tersemat dalam kamus hidupku...akan kucoretkan ianya menjadi 1001 kenangan manis yg tak dapat aku lupakan...





p/s : to ~
  • ija wonshegal a.k.a gadis spa
  • nanna wonshegal a.k.a cik secretary
  • ika wonshegal a.k.a x da berita
  • lieny wonshegal a.k.a x dpt dikesan
  • cik senah a.k.a gadis public gold
love n mishh ampa semua....windu nak kelai ngan ampa tambah2 cik senah @ my rumet...windu sama kepek pisang yang mak ija woshegal @ my ex-rumet buat...windu nak nangis lepas kena buli ngan nanna wonshegal...windu nak men game masak2 yg ika wonshegal punya cd game....windu nak minum air teh yg lieny wonshegal bancuh...windu nak celebrate bezday ngn ampa semua sampai kita kena cuci balik bilik lieny wonshegal macam mangsa banjir....windu nak sembang @ gosipgosip pasai budak kelas kita...windu nak p bilik ija wonshegal & nanna wonshegal minx air...bole kata semua kenangan kita bersama tetap dirindui walaupaun masing-masing dok berjauhan...

mood : missing and loving :-(
30/04/2011 04.43 p.m

Friday 29 April 2011

wiNdoo saMa mR. P...

Salam.....
dear mr/mrs diary,

 ptg neyh rasa cm borinkk semacam ja.....
x dak keja nak wat, tetiba jew terbayang-bayang sama mR. P
almaklumlah sudah lama x berkunjung ke sana....
apa tidaknya, x da teman nak pergi bersama ke sana...
masing-masing dok sibok ja dgn hal sendiri
so, mcm na nak p kan.

Bila la agaknya kan nak p sana
leyh aku jumpa sama kamoo kan mR. P ....hehe :-)
kangan bangat....ahahaha

Neyh antara teman-teman seperjuangan si mR. P yg turut dirindui :-
  • SUPER SUPREME
  •  THAI SEAFOOD
  • HAWAIIAN SUPREME
  • ISLAND SUPREME
  • CHICKEN SUPREME
    Ini dia mR.P saya....hehehe:)






    Buat teman-teman mR. P
    kamoo semua sabar yaa...
    nnt ada masa kita jumpa di sana okk!!!!
    wait for me...

    cRedit To ~ mY bEloVedpaRenT ~

    Terima kasih ibu... terima kasih duhai ayah
    Terima kasih ibu... terima kasih duhai ayah
    Lahir ku kedunia
    Kudisambut penuh syukur
    Bisikan azan ketelinga
    Iqomah kalimat nan luhur
    Lahir ku kedunia
    Kudiasuh mengenal Allah
    Ku diajar sebut namaNya
    Juga nabi rasul mulia

    Salam sayang ayah dan ibu
    Mendidikku tak pernah jemu
    Halalkanlah makan minumku
    Maafkanlah salah silapku
    Tanpa maaf dan juga restu
    Hidupku jadi tak menentu
    Tiada yang lebih bernilai
    Dari pada pengorbanan yang suci itu
    Tak berdaya aku membalasnya
    Semoga aku jadi anak yang bertakwa

    Terima kasih ibu... terima kasih duhai ayah
    Terima kasih ibu... terima kasih duhai ayah
    Jasamu oh ayah dan ibu
    Akan kukenang selamanya
    Hidup saling berkasih sayang
    Membina keluarga bahagia

    Pada Mu Allah aku berdoa
    Pada Mu jua aku meminta
    Rahmati ibu ... ayah tercinta
    Ampunilah dosa-dosa mereka
    Panjang umur, murahkan rezeki
    Sejahtera dalam ketaatan
    Semoga berbahagia didunia
    Diakhirat memperoleh surga

    Daku mengharap ridho ibu
    Juga ridho darimu ayah
    Hanya itulah yang kupinta
    Agar hidupku lebih bermakna

    Terima kasih ibu... terima kasih duhai ayah
    Terima kasih ibu... terima kasih duhai ayah


    

    Wednesday 20 April 2011

    si tuKang maSak

    Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    Memasak sering kali dikaitkan sebagai tugas hakiki seorang wanita sehingga ada mengatakan, seorang perempuan itu wajib pandai memasak sebelum meneruskan niat untuk berkahwin. Dahulu, antara kriteria calon isteri disarankan orang tua adalah memilih anak gadis yang pandai memasak. Kononnya, kerana masakanlah hati suami tertambat di rumah, hingga tidak lagi terliur masakan di luar. Sejauh manakah kebenarannya?

    Sinonim seorang lelaki pula, kebanyakan mereka hanya tahu bertanya bila makanan dah sedia. Paling kurang, hendak tahu menu apa yang ada. Jarang-jarang lelaki akan masuk ke dapur untuk menolong menyediakan makanan. Apatah lagi hendak memasak. Setakat sebagai 'tukang rasa', pasti ramai...

    Ada juga yang memandang serong apabila seorang lelaki berkebolehan dalam memasak. Jika lelaki bujang, ada yang cuba mencadangkan lelaki yang memasak mungkin seorang 'lelaki lembut'. Andai sudah berkeluarga, pandangan nakal mungkin menyusul bahawa barangkali mereka takutkan isteri! Tak patut sungguh!

    Namun, jika dilihat fenomena di restoran atau kedai makan, biasanya tukang masaknya adalah lelaki. Bagaimanapun, jika anda sedar, kebanyakan rancangan masakan tempatan atau luar negara sering menampilkan tukang masak atau chef yang terdiri daripada lelaki.

    Lihat saja gaya bersahaja Chef Wan yang leka memasak sambil berceloteh atau aksi Jamie Oliver dan Martin Yan di saluran Asian Food Channel (AFC). Mereka tampak begitu yakin, malah cukup mahir di dapur sehingga mampu menarik perhatian wanita dek kerana penampilan yang tampak seksi atau mungkin juga macho.

    Chef Wan
                            

    Mungkin itu hanya alasan direka wanita supaya suami atau teman lelaki mereka rajin masuk dapur atau mungkin itu kebenaran yang wajar menjadi pendorong bagi lelaki jika ingin memikat perempuan.

    Kalau lelaki pandai memasak, ia sebenarnya bonus buat kaum wanita. Situasi sekarang sudah berubah. Jika dahulu kebanyakan isteri surirumah sepenuh masa, kini isteri turut sama membanting tulang empat kerat keluar rumah untuk mencari rezeki. Mereka juga tentu sama penatnya dengan suami dan ada kalanya tidak punya kesempatan untuk menyediakan makanan di rumah.

    Jika suami punyai skil memasak, di sinilah untungnya si isteri. Andai punya ruang terluang lelaki juga wajar membantu mengambil alih tugas isterinya di dapur. Sekurang-kurangnya ringanlah sedikit beban isteri. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Aisyah r.a. pernah ditanya seorang lelaki yang bernama Aswad tentang apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika berada di dalam rumahnya? Maka Aisyah menjawab: “Rasulullah SAW sentiasa membantu ahli keluarganya melakukan kerja rumah. Dan apabila tiba masuk waktu solat, baginda keluar untuk solat.”

    Nah... Bukankah Rasulullah SAW membantu isteri-isteri baginda melakukan kerja-kerja rumahtangga? Rasulullah sering menolong isterinya melakukan kerja di rumah yang baginda dapat melakukan sendiri seperti menjahit baju yang koyak, memasak, membersihkan laman dan kerja lain. Sifat ringan tangan suami membantu isteri melakukan kerja rumah bukan semata-mata meringankan tugas isteri, tetapi menimbulkan rasa hormat isteri. Isteri berasakan dirinya lebih disayangi dan dihormati.

    Cuba bayangkan keadaan begini. Seorang lelaki yang punya jawatan besar di syarikatnya pulang ke rumah namun tidak lokek meluangkan kudrat untuk memasak bersama isteri. Bayangkan dengan masih memakai baju kerjanya siang tadi, seluar belum bertukar, tetapi menyinsing lengan memotong bawang. Nampak 'cool' tak? Memasak, mengemaskan rumah, menjahit serta menyediakan pakaian anak, sepatutnya bukan perkara kekok yang tidak boleh dilakukan oleh kaum lelaki pada hari ini.

    Sunday 3 April 2011

    ~kEja vS sTudY~


    Huhu... Mana best ye keja ke study...dulu study best btul.. enjoy ..member semua rapat cam dek bradek... walaupun bz study..tp still enjoy kan kan... skang dh keja...mmber2 pun dh bpisah..smua lain2 tempat..sob..sob..sedihnyaa..

    lame x jumpa diorang ..huhu...kalau la bleh putar balik masa dolu..kat ruangan nie aku nak kongsi sikit pasal pengalaman kerja aku...so yang baik tu jadik teladan yang buruk tu jadi sempadan ok!!!.

    Before this... aku kerja kat satu kompeni at somewhere la (nama dirahsiakan okk!!) kerja aku x la bpa terok sngt kat situ tapi aku kena ikt semua arahan la, almaklumlah aku neyh hanya kuli saja! haha.....dari jawab kol masuk hingga la keja2 di bahagian admin semua aku kena cover... kira gempak gak la time tu...(maw x gempak sebab semakin ary semakin pupus bil staf kat situ...)hehe...

    memang sometime aku complain kerja banyak but somehow i do miss those kind of jobs!. the amount of knowledge yang aku dapat memang byk jgk la kat situ..tengs a lot yaa...but the only thing is bila kerja kompeni kecik nie... status kita pun tak la stabil sangat. aku stay ngan compeni tu sampai ler ke titisan darah terakhir (coz aku wat kptusan utk letak jawatan) then i choose to be retrench sebab nak carik a better prospect some other places...

    Baru setengah bulan menganggur duit retrench pun makin kurang(boros tak ingat) :oops: so aku decide kena la kerja balik secepat mungkin.. hinggalah satu ary tu aku went to interview kat satu kompeni tu..... syarikat swasta.... and alhamdullilah rezeki murah (sebab aku tak demand gaji kot) tempat yg aku p interview keja ary tu aku dapat...

    nak dijadikan cerita.. hari neyh bermula lar kerjaya aku kat kompeni tu.... and antara tarikan kat sini ialah waktu bekerja yg ditetapkan sgt sonok la wt aku..haha...masuk keja pkol 9 balik pkol 5...sat ja kan..jgn jeles okk!!!(haha...spa la yg nak jeles...uweekkk!!) satu lagi tarikan keja kat citu of coz la ary cutinya..hehe..(ary yg ditunggu-tggu)...agak best jgk la keja kat citu coz x la terok mana...just kena explain saja bila customer kol or dtg ofis...aku pown dah malas nak ceqita pnjg lebaq sebab baru ary first keja kan....