Tuesday 30 August 2011

aNtAra CheNtA & pEnGorBaNan..aNGkara Org kE-3

Tiada kata yang terluah untuk menceritakan apa yang dirasa kala meginbau kembali kenangan2 manih bersama, tetapi apakan daya kusangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari angkara org ketiga...mmg aku akui sendiri aku x la secantik dan sehebat ghadies2 yg ada di luar sana...aku bukan sebaik al-zahra....

"Sekiranya waktu boleh diputar kembali, tidak akan kubiarkan masa berlalu tanpamu di sisi... Cinta boleh datang berkali-kali tetapi cinta sejati hanya datang sekali!..."

Tetapi apakan daya..ada org lain yg lebih berhak memilikinya berbanding aku...aku redha Ya Allah...utk kebaikan dirinya dan juga masa hadapannya.."Tuhan, kuatkan hati ini menempuh raujau yang telah Kau hamparkan untukku"... Aku tak ingin menangis lagi Ya Allah...

Kini, banyak telah berubah. Laluan hidupnya penuh warna-warni yang menghiasi. Dia bahagia, gembira dengan insan-insan kesayangan yang sentiasa hampir dengannya akan tetapi aku sentiasa digenangi dengan air mata.. Kalau dulu, airmata dan blog inilah teman setiaku, kini tiada lagi semua itu. Aku telah bersedia melontar semua itu jauh dari kamar hidupku. Aku tiak ingin kenangan silam mengetuk memori miindaku lagi. Aku tak mahu memori lampau menjadi penghalang kebahagiaan yang dikecapinya kini. Biarlah apa orang bercakap tentangku, biarlah apa cemuhan yang dilontarkan untuku. Hmm..biarlah mereka..Mereka tidak mengerti kemelut hatiku ini, tiada siapa merasa kepahitan yang telahku telan sendirian..Aku tidak perlukan simpati dari mereka..Aku tidak mahu lagi menagih belas dari sesiapa. Aku  harus kuatkan semangat dan belajar erti redha walaupun telah  lama aku bersedia dengan hal sebegini sebenarnya...
 
p/s: Aku berharap agar kau sentiasa bahagia bersama pasanganmu itu walaupun setiap detik dan ketika aku tak pernah lupa akan namamu dan semua kenangan2 terindah yg tercipta sepanjang aku bersamamu...Aku redha dengan ujianMu Ya Allah..Aku mohon kepadaMu agar kuatkanlah hatiku menempuh semua dugaan yang telah tercipta untukku ini....Amin...(diluar nampak gembira tp dalam hati hanya Allah saja yang tahu)...: -(